Membawang Hari Ini

Farid Dapat Rasa Kehadiran Saya – Diana Danielle

KUALA LUMPUR: Isteri Datuk Farid Kamil, Datin Diana Danielle sekali lagi meluahkan perasaan kasih serta sokongan tidak berbelah bagi terhadap suaminya di laman sosial peribadi.

Katanya, dia tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling sebaliknya yakin lelaki yang dikahwininya itu sentiasa merasakan kehadirannya di sisi setiap masa.

“Sayangku FK (Farid Kamil). Jangan tanya kenapa anda (netizen) tidak melihat saya. Dia (Farid) ‘nampak’ saya dan tahu saya ada di sana.

“Dia dapat merasakan tangan saya menggenggam tangannya. Dan semua itu yang lebih bermakna buat saya,” tulisnya dalam status yang dikongsi di Instagram kira-kira jam 8 malam tadi.

Menerusi entri baru di Instagram yang diikuti 1.7 juta orang, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi sebuah puisi pendek nukilan seorang pemuisi dari Florida, Amerika Syarikat, Christopher Poindexter.

Puisi terbabit juga seakan memberi bayangan mengenai kekuatan cinta mereka yang saling melengkapi antara satu sama lain.

“Apa yang benar-benar ku mahu,

Dari mula tumbuhnya tulang-tulang di dalam tubuhku,

Adalah cuma untuk mengenal cinta,

Dan untuk cinta mengenalku,” kongsinya lagi.

Status berkenaan dipercayai sebagai pencerahan kepada pertanyaan ramai yang mempertikaikan ketiadaan aktres terbabit sepanjang dua kali Farid dibawa ke mahkamah termasuk hari ini.

Sebelum ini dia direman empat hari atas empat dakwaan, termasuk kes menampar anggota polis di balai polis Kota Damansara dan menendang dua orang awam, Khamis lalu.

Terdahulu, menerusi temubual dengan sebuah akhbar, Diana meminta diberikan sedikit ruang privasi berhubung kes yang menimpa suaminya itu.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");