Perak Hari Ini

Guna Pengiktirafan Pelancongan Di Perak Sebaik Mungkin

IPOH:Pemain industri pelancongan disaran supaya menggunakan sebaik mungkin pelbagai pengiktirafan pelancongan yang diterima dari dalam dan luar negara untuk dijadikan nilai tambah menarik lebih ramai pelancong ke Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin pengiktirafan yang diberikan bukannya sesuatu yang mudah untuk diperolehi malah jika digunakan dan dipasarkan dengan betul, ia memberikan kreadibiliti untuk menjual produk Ipoh mahupun Perak.

Bagaimanapun, menurutnya, pemain industri pelancongan kurang menunjukkan rasa ‘kepunyaan’ pengiktirafan yang diberikan tetapi hanya jabatan dan agensi yang dilihat lebih menghargainya.

“Kita faham mereka memasarkan produk sendiri selain mempunyai rangkaian tersendiri namun pengiktirafan yang diterima negeri ini tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja.

“Mereka boleh mempromosikan ia melalui rangkaian masing-masing seterusnya dijadikan nilai tambah kepada produk mereka,”katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Beliau terdahulu telah merasmikan mesyuarat meja bulat Perak Tourism Association di Lost World of Tambun yang disertai seramai 138 peserta dari pelbagai sektor pelancongan, pihak berkuasa tempatan, swasta dan pengusaha produk.

Katanya, perbincangan ini akan memberi tumpuan kepada dua objektif iaitu penubuhan pusat pengurusan maklumat komuniti (CIMC) dan penghasilan buku Guide Book 2018-2020.

Tambahnya, orang awam juga antara faktor penting dalam melonjakkan industri pelancongan di negeri ini terutama melalui pengalaman baik yang diberikan kepada pelancong.

Nolee berkata, berbekalkan sikap berbudi bahasa dan bersopan santun ia adalah kunci kejayaan bagi industri pelancongan.

“Orang akan ingat selalu sekiranya mereka dilayan dengan baik malah sikap itu mungkin akan diamalkan juga oleh pelancong itu dalam kehidupan sehariannya,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");