Jenayah

Ibu, Anak Rentung Dalam Bilik

TENOM: Dua beranak rentung, manakala seorang lagi cedera selepas rumah mereka di Taman Bosoi, dekat sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Wong Ka Seng dan ibunya, Wong Siu Mei, 46, ditemui rentung dalam bilik sama.

Suami Siu Mei, Wong Vun Tsung, 38, cedera parah apabila hampir 30 peratus badannya melecur dan dikejarkan ke Hospital Tenom untuk rawatan kecemasan.

Mayat Ka Seng ditemui rentung atas katil di sebuah bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat berkenaan, manakala mayat ibunya dijumpai di tepi katil.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.35 pagi sebelum enam anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tenom dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba, katanya, bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air jentera dan api berjaya dikawal pada jam 3.10 pagi sebelum operasi tamat jam 5.15 pagi.

“Ketika bomba tiba di lokasi, rumah berstruktur kekal dan berjeriji penuh itu sudah terbakar 80 peratus.

“Selepas api dipadamkan, pemeriksaan bomba menemui dua mayat dalam keadaan rentung di sebuah bilik di tingkat atas.

“Seorang lagi mangsa melecur pada bahagian badannya dan dikejarkan ke hospital,” katanya menerusi laporan BH Online, hari ini.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");