Isu Panas

‘Ini Juga Soal Maruah Orang Kampung’

KUALA LUMPUR: Waris mangsa Memali menyokong usaha menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa Memali pada November 1985.

Mohamad Zuhdi Mat Piah, 33, berkata masanya sudah tiba bagi RCI diwujudkan selepas perjumpaan bersama waris hujung tahun lalu.

“Saya menyokong RCI segera ditubuhkan memandangkan mereka yang terbabit masih hidup. Antara yang menjadi punca adalah (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau masih ada.

“(Bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Musa Hitam yang pernah mendakwa Dr Mahathir berada dalam negara di Kuala Lumpur ketika kejadian dan bukan di China seperti diberitahu, juga masih ada,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Zuhdi mendakwa Musa membuat kenyataan itu dalam satu forum di Kota Bharu, Kelantan selepas pulang dari Makkah.

Katanya, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, pernah memetik satu laporan dikaitkan dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, yang mendakwa arahan (tragedi Memali) datang daripada Dr Mahathir.

“Mahfuz bacakan kenyataan ini dalam Parlimen pada tahun 2002 dan ia sepatutnya diambil serius,” katanya.

Beliau berkata, penubuhan RCI bukan sekadar membabitkan 18 mangsa yang terkorban termasuk anggota polis semata-mata, tetapi juga maruah orang kampung yang terbabit dalam peristiwa itu.

“Ada dakwaan kononnya isu Memali tercetus kerana Amanat Haji Hadi dan pihak yang membangkitkan isu amanat itu adalah mereka yang pernah mempertahankannya,” katanya.

Zuhdi berkata, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang pernah mendakwa Amanat Haji Hadi sebagai sesat, wajar mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");