Membawang Hari Ini

Jodoh Antara Kami Masih Kuat – Adi Putra

Pelakon Datuk Adi Putra mengaku perasaan cinta dan sayangnya terhadap Zuhaidah Yusof atau Aida tetap kuat justeru dia mengambil keputusan untuk menikahi semula wanita itu selepas hampir sembilan bulan bercerai.

“Saya masih sayangkan dia dan sepanjang masa berpisah, kami tidak pernah bergaduh atau berbalah.

“Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajarannya. Alhamdulillah Allah telah membuktikan bahawa jodoh kami berdua sudah tertulis untuk sentiasa bersama,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!.

Sementara Aida pula berkata, pintu hatinya tidak pernah menyimpan sebarang dendam buat Adi biarpun telah melalui pelbagai dugaan sehingga bercerai sebentar tahun lalu.

Adi dan Aida berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 namun tidak dikurniakan cahaya mata dan telah mengambil seorang anak angkat, Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.

Pada 11 Mei 2012, Adi pernah membuat permohonan cerai dengan Aida kerana didakwa sudah tiada persefahaman antara mereka.

Ketika itu, Adi pernah memberitahu media bahawa dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Bagaimanapun, sembilan hari selepas mendaftar permohonan untuk bercerai, pasangan itu mengambil keputusan untuk menarik semula permohonan setelah mereka berjaya menyelesaikan kemelut berkenaan ketika itu.

Pelakon itu kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila bernikah kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly,34, pada 20 Jun 2016.

Walau bagaimanapun, menerusi satu status laman Instagram pada 23 Mac tahun lalu, pelakon filem KL Gangster itu memberitahu dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua isterinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");