Isu Panas

Terowong Belum Bina, Kajian Belum Siap.. Tapi Dah Untung RM61 Juta

Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd hanya mempunyai satu projek, iaitu membina terowong dasar laut Pulau Pinang dan tiga lebuhraya menghubungkan terowong berkenaan yang dianggarkan nilai keseluruhannya berjumlah RM6.34 bilion.

Ketua Menteri Guan Eng menafikan sebarang pembayaran telah dibuat bagi melaksanakan projek berkenaan namun, syarikat dengan tujuan khas (SPV) ditugaskan dengan hanya satu projek sudah mencatatkan keuntungan RM61 juta dalam tempoh setahun selepas kontrak dimeterai bersama kerajaan Pulau Pinang pada November 2013.

Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik BN (BNSC), Datuk Eric See-To berkata, pendapatan dijanan daripada bayaran RM305 juta untuk menyiapkan kajian kebolehlaksanaan projek menerusi pemberian tanah kerajaan

Tanah yang dimaksudkan adalah tanah persisir pantai milik kerajaan negeri berkeluasan 5.67 ekar di Bandar Sri Tanjung, Pulau Pinang bernilai RM208 juta dengan penarafan pegangan bebas.

“Sebagai tambahan kepada bayaran terlalu tinggi untuk mengeluarkan laporan, kerajaan Pulau Pinang juga bermurah hati membantu meningkatkan nilai tanah negeri yang diberikan sebagai bayaran,” tegasnya.

Lebih memeranjatkan lagi, Consortium Zenith juga diberi kebenaraan kerajaan negeri untuk menambah berkepadatan pembangunan 155 unit setiap ekar berbanding had 30 unit per ekar yang dibenarkan diatas tanah berkenaan dalam tempoh lapan hari selepas permohonan dibuat.

“Persoalan sekarang adalah jika kos laporan RM305 juta tidak melampaui luar biasa (dan tidak satu sen pun dibayar kerajaan Pulau Pinang), maka bagaimana SPV yang satu-satunya tugasnya untuk membina terowong dan tiga lebuh raya menjana keuntungan sebesar ini – seperti yang ditunjukkan dalam kenyataan kewangan difailkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?” soal Eric.

– mD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");