Perak Hari Ini

Pemaju Pembinaan Loji Kumbahan Jangan Timbulkan Kesesakan Jalan Raya, Susahkan Pengguna

PANGKOR:Para pemaju dan Kementerian berwajib bagi projek pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dinasihati supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak menimbulkan keresahan orang awam serta kesesakan jalan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata projek pembentungan berkenaan sedang dilaksanakan di beberapa kawasan di negeri ini iaitu Bandaraya Ipoh dan lokasi kedua di Pangkor.

“Pembentungan khas ini melibatkan penyambungan paip di satu kawasan ke satu kawasan khususnya pembentungan untuk pembuangan sisa-sisa kumbahan.

“Projek sedang berjalan di Ipoh dan bakal dilaksanakan di Pulau Pangkor,”katanya dalan satu sidang media sejurus mendengar taklimat dari Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air berkaitan cadangan pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembentungan di Pasir Bongak Pulau Pangkor hari ini.

Jelasnya lagi, pihak pemaju projek di Bandaraya Ipoh terutamanya perlu memastikan tidak berlaku kesesakan kerana ia telah menjadi satu masalah yang serius.

“Kita memerlukan projek pembangunan ini sangat penting untuk masa depan namun Kerajaan Negeri memerlukan nasihat pemaju dan Kementerian untuk mengadakan perbincangan secara langsung dengan pihak kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Namun paling penting bagi mengelakkan permasalahan jalan raya dan keresahan rakyat yang terjejas disebabkan projek yang berlangsung.

“Bukan bermakna kontraktor yang diberi tanggungjawab yang boleh melakukan apa sahaja dan mengganggu dan menimbulkan keresahan kepada rakyat, lalu lintas dan Pangkor kawasan pelancongan,” katanya.

Jelasnya lagi pihak pemaju perlu memastikan tidak berlakunya kesesakan dan gangguan lalu lintas di kawasan terlibat.

“Projek merupakan projek besar, projek diurus terus oleh Kuala Lumpur mesti juga mematuhi peraturan dan bekerjasama

“Kita tidak menolak projek dilaksanakan namun  perlu ada kerjasama yang erat kerana projek yang dirancang menanggung kesan politik ini merupakan hasil perancangan.

“Mahu satu sistem kumbahan yang baik dan bagi negara maju sistem sebegini memastikan masalah sistem kumbuhan dapat diurus dengan baik,” katanya.

Malah tegasnya isu kelewatan sesuatu projek juga diharapkan tidak berlaku kerana ia akan menimbulkan keresahan dan kesusahan kepada orang ramai kerana melibatkan jalan-jalan utama.

Terdahulu pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembentungan di Pasir Bongak Pulau Pangkor fasa pertama dijangka siap pada tahun 2021.

“Ia akan melibatkan kawasan yang lain mengikut perancangan kelak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");