Jenayah

Pemandu Van Maut

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas van yang dipandunya terlanggar besi penghadang jalan di jejambat Jalan Tun Jugah/Jalan Simpang Tiga, tengah malam tadi.

Mangsa, Tsong Boon Fui, 40, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di badan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.16 tengah malam.

Memetik laporan BH Online, katanya, sebuah jentera dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya serta sebuah kenderaan EMRS dengan dua anggota dari BBP Batu Lintang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, mangsa didapati sudah dikeluarkan dari kenderaannya oleh orang awam.

“Petugas hospital yang berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, beliau berkata, van yang dipandu mangsa dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Pending dipercayai hilang kawalan, lalu terbabas ketika melalui selekoh di jejambat berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");