Perak Hari Ini

Pemuda DAP Perak Dakwa Pembangkang Bakal Rampas Lapan DUN

IPOH: Pemuda Pakatan Harapan Perak mendakwa bahawa mereka yakin akan dapat merampas lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal tiba nanti.

Timbalan Ketua Pemuda Harapan Pusat, yang juga Ketua Pemuda DAP Perak, Wong Kah Woh menyebut DUN tersebut ialah Manjoi, Kubu Gajah, Kamunting, Lubok Merbau, Manong, Pasir Panjang, Rungkup dan Changkat Jong.

Katanya, kesemua DUN tersebut dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis.

“Hasil analisa yang kita buat, sekiranya kita mendapat sekurang-kurangya 1/3 undi pengundi Melayu, mengekalkan sokongan 80 peratus kaum cina dan memperoleh 70 peratus penundi kaum India, kita mampu memenangi kelapan-lapan kerusi ini.

“Kalau kita dapat kekalkan 24 kerusi yang ada ini, dan mampu memenangi lapan kerusi tersebut, kita akan dapat membentuk kerajaan dengan 32 kerusi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pemuda Pakatan Harapan Perak, di Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak, Bandar Meru Raya, dekat sini, pada Khamis.

Yang turut hadir, Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu; Ketua Pemuda Harapan Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Pusat, Howard Lee Chuan How serta Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sementara itu, Syed Saddiq dalam ucapanya turut mendakwa bahawa keputusan PRU14 di Perak akan memberi gambaran sama ada pembangkang bakal berjaya ke Putrajaya atau sebaliknya.

Pada masa sama, Ahmad Faizal berkata pembangkang akan mengetengahkan 20 peratus atau lebih kepada calon-calon muda termasuk daripada wanita pada PRU14 nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");