Panasnya Hari Ini

Pemuda UMNO Harap JKR Tidak Cipta Alasan Naikkan Kadar Tol

 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik keputusan kerajaan yang  telah memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu Tiga di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah, dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pemuda UMNO menerusi suatu kenyataan media dalam masa sama turut menegaskan agar Kementerian Kerja Raya dapat memastikan tiada lagi sebarang kenaikan kadar tol di seluruh negara bagi tahun ini.

“Keputusan penghapusan tol ini selari dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 dimana ia pastinya memberi kelegaan kepada para pengguna lebuh raya terlibat terutama dalam mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Justeru, seiring dengan pengumuman itu, Pemuda UMNO mengharapkan JKR tidak menggunakan alasan seperti komitmen kementerian dan kerajaan pada tahun lepas untuk menaikkan kadar tol.

“Ini kerana sebarang kenaikan kadar tol nanti dilihat bercanggah dengan usaha serta hasrat kerajaan dalam meringankan beban rakyat, walaupun kutipan tol di empat plaza tersebut sudah dimansuhkan.

Menerui kenyataan yang sama, Pemuda UMNO turut menyatakan komitmen untuk mengekalkan kadar tol di seluruh negara bagi tahun ini juga boleh dimasukkan ke dalam manifesto pilihan raya Barisan Nasional pada PRU 14 nanti.

Ia sekaligus bagi membuktikan kesediaan dan keprihatinan kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");