Perak Hari Ini

Pereka Grafik Diperintah Bela Diri

IPOH:Mahkamah Sesyen hari ini, memerintahkan pereka grafik Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin 40, membela diri atas tuduhan mengedar gambar mengaibkan pemimpin negara melalui aplikasi Facebook di Mahkamah Sesyen Ipoh, sebentar tadi.

Hakim Norashima Khalid membuat keputusan tersebut setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh bagi keputusan di akhir kes pendakwaan hari ini.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili Syahredzan Johan telah bertindak membela diri setelah diberikan tiga pilihan iaitu berdiam diri, memberi keterangan tanpa sumpah di luar kandang saksi; dan memberi keterangan secara bersumpah dalam kandang saksi.

Kes kemudian diteruskan dengan perbicaraan terhadap Mohd Fahmi Reza dan pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Nazrul Nizam Zameri.

Dia didakwa memulakan penghantaran komunikasi palsu karikatur badut menyerupai pemimpin negara pada 8 Februari 2016 jam 12.31 tengah hari menggunakan perkhidmatan Facebook secara sedar dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Perkara itu dibaca oleh Sheikh Ahmad Raffie Sheikh Abd Rahman Seraya Sdn Bhd, Batu 3 Jelapang, Ipoh pada jam 2.40 petang, 8 Februari 2016.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin ketika itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.
Pada 6 Jun 2016 Mohd Reza turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, mengikut Seksyen sama kerana memuat naik imej karikatur pemimpin negara di laman sosial Instagram miliknya dengan niat menyakitkan hati pada 31 Januari 2016.
Dia dikenakan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin untu kes terbabit selepas mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");