Berita Hari Ini

PKR Letak Dua Calon Wanita Di Pahang

KUANTAN – PKR akan meletakkan dua calon wanita daripada empat  kerusi yang dipertandingkan di peringkat Parlimen pada PRU 14 tidak lama lagi.

Pengerusi Pakatan Harapan Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, dua kerusi itu adalah di Parlimen Rompin dan Kuantan.

Menurutnya, pihaknya melihat keupayaan dua calon wanita itu mampu memberi kemenangan kepada parti.

“Kita akan letak muka baru di Parlimen Rompin yang merupakan anak tempatan iaitu anak peneroka.

“Untuk Parlimen Kuantan kita masih meletakkan Fuziah Salleh yang mempunyai sokongan yang tinggi,” katanya kepada media selepas Pelancaran Wanita Pakatan Harapan Pahang, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Pengerusi Wanita Pakatan Harapan Pahang, Zuliana Mohamed.

Fauzi berkata, dua kerusi lagi yang akan diberikan kepada PKR adalah di Parlimen Indera Mahkota dan Bera.

Dalam pada itu, enam kerusi akan diberikan kepada Bersatu antaranya di Parlimen Paya Besar dan Pekan.

“Kita letak calon Bersatu di kubu kuat Umno kerana yakin akan ada ahli parti itu akan berpaling tadah kepada Bersatu.

“Jadi mereka lebih memahami strategi parti lawan di kawasan tersebut,” katanya.

Fauzi berkata, golongan wanita tidak harus di pandang rendah kerana mereka mempunyai kekuatan tersendiri.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");