Berita Hari Ini

Polis Ambil Keterangan Siti Hasmah

KUALA LUMPUR: Polis merakam keterangan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berhubung pembabitan beliau dalam satu perhimpunan di Jalan Tunku Abdul Rahman pada September tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Datuk Marina Mahathir, menerusi akaun Twitter miliknya, pagi tadi.

“Polis merakam keterangan ibu hari ini, di atas pembabitannya dalam perhimpunan Wanita Bantah Politik Toksik, tahun lalu.

“Hampir satu jam polis mengambil keterangannya,” katanya, menerusi laporan BH Online, hari ini.

Difahamkan, dua anggota polis dari Bukit Aman terbabit dalam merakam keterangan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu pada jam 11.30 pagi tadi di bangunan Yayasan Al-Bukhary.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");