Isu Panas

‘Amboi Jamal Kaya Luar Biasa’

PUTRAJAYA – “Amboi kayanya Jamal derma RM7 bilion dalam akaun Bersatu, mohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat dan ambil tindakan,” sindir Exco Pemuda Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.

Katanya, sekiranya benar Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunus mempunyai kekayaan seperti digambarkan, sudah sepatutnya SPRM turun buat siasatan kerana beliau memiliki kekayaan luar biasa.

“Kalau betul ada orang sekaya Jamal ni di sebuah negara penuh integriti dan penuh amanah, orang macam dia inilah SPRM patut buat siasatan, kaya sampai nak bagi duit kepada orang berupa dedak.

“Itulah orang Umno ni dahsyat, kaya luar biasa,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas penyerahan memorandum Pakatan Harapan kepada Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS), pada Rabu lapor Sinar Harian.

Justeru menurut Mohd Ashraf Mustaqim, jika Harapan berjaya menukar kerajaan pada PRU14 ini, SPRM boleh bertindak bebas menjalankan siasatan ke atas individu atau agensi yang disyaki.

Terdahulu, Jamal telah melakukan gimik ‘mendermakan’ AS$1.8 bilion bersamaan RM7 bilion kepada Tabung Bersatu menerusi satu transaksi cek.

Dengan derma itu, Jamal berkata, pihaknya berharap Bersatu akan menutup akaun khas derma yang sebelum ini diuar-uarkan untuk sumbangan oleh orang ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");