Perak Hari Ini

Bagan Datuk Terima 3 Lagi Pusat Internet 1Malaysia

BAGAN DATUK: Sebagai usaha berterusan kerajaan dalam merapatkan jurang perkembangan teknologi komunikasi maklumat antara kawasan bandar dan luar bandar, hari ini Parlimen Bagan Datuk memperolehi tiga buah Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).

Ia terletak di kawasan Kampung Teluk Buluh, Kampung Selekoh dan Pekan Bagan Datuk.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masyarakat luar bandar tidak seharusnya hanya menjadi penonton terhadap kemajuan sistem komunikasi negara sebaliknya, mereka juga berhak menerima kemudahan yang sama, sebagaimana dinikmati masyarakat di bandar.

“Kita tidak mahu kawasan luar bandar mengalami lompang yang besar dari segi memperolehi sistem komunikasi yang baik dengan kawasan bandar,” katanya.

Selain itu beliau turut tidak menolak kemungkinan untuk menambah lagi jumlah PI1M di Bagan Datuk.

“Saya dimaklumkan setakat ini terdapat 851 PI1M di seluruh negara dan 67 buah sahaja di Perak.

“Daripada jumlah itu, 5 di Bagan Datuk. Kampung Selekoh, Pekan Bagan Datuk, Parit 14, Parit 11 dan Simpang Empat, Rungkup. Kalau kawasan lain hanya ada 2.

“InsyaAllah setakat ini 5, dan sebelum Pilihanraya Umum nanti kita akan tambah lagi 5,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian 3 PI1M Parlimen Bagan Datuk di Kampung Telok Buloh, Hutan Melintang, dekat sini pada Sabtu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut menggesa agar masyarakat dapat menggunakan internet secara berhemah dengan mengelakkan diri daripada terjebak kepada gejala penyebaran berita palsu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");