Berita Hari Ini

Bangunan KWSP PJ Terbakar, Asap Hitam Selubungi Lebuhraya Persekutuan

Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersebelahan Lebuhraya Persekutuan dilaporkan terbakar sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Menurut video yang disiarkan Bernama News Channel, kebakaran berlaku dibahagian bawah bangunan berkenaan dan sehingga kini masih tiada laporan kemalangan jiwa dan kemalangan dilaporkan.

Punca kebakaran masih belum dikenalpasti dan tweet salah seorang netizen, Balthazar (@cikedik) menyatakan bahagian atas bangunan tersebut sudah hangus dijilat api.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah tiba di tempat kejadian dan kerja-kerja pemadaman api sedang giat dijalankan dan api sudah berjaya dikawal.

The Star memetik kenyataan JBPM, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jalan dihadapan bangunan KWSP menuju ke Jalan Gasing, Petaling Jaya sudah ditutup untuk semua trafik.

Laluan di Lebuhraya Persekutuan di kedua-dua hala juga dilaporkan sesak sepanjang jalan berdekatan tapak kejadian.

Pengguna disarankan mengelakkan dari melalui Lebuhraya Persekutuan dan gunakan jalan alternatif

Kenyataan terkini JBPM mengesahkan menerima panggilan kebakaran pada kam 11.53 tengah hari tadi dan tiba di kawasan kebakaran 5 minit kemudian pada jam 11.58 tengah hari.

Menurut JBPM, kebakaran meliputi 40% kawasan bangunan dan sehingga jam 1 petang, api masih belum dipadamkan tapi sudah berjaya dikawal

Wakil KWSP mengesahkan akan mengeluarkan kenyataan sebentar lagi.

 

– mD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");