Jenayah

Dua Warga Singapura Sesat Ditemui Selamat

KULAI: Dua warga Singapura yang dipercayai sesat semasa mendaki Hutan Gunung Pulai, di sini, sejak Isnin lalu ditemui selamat oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.24 pagi ini.

Mangsa, Dominic Tan Chang Xiang, 27 dan Lum Jie, 24 berjaya ditemui menerusi tinjauan udara oleh pasukan SAR menggunakan helikopter.

Menurut Sinar Online, mereka ditemukan oleh pasukan SAR Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan bot di Sungai Lembaga Pembekalan Awam Singapura (PUB) di Loji Air Gunung Pulai Empangan Ulu Choh, di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar, berkata kedua-dua mereka dilaporkan hilang kira-kira jam 5.55 petang, 5 Februari lepas selepas satu maklumat diterima dari talian 999.

Pada sidang media semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahkan identiti telah dikenalpasti daripada ahli keluarga yang mana mereka adalah kenalan.

Menurutnya, SAR dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sejak kehilanganya dilaporkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");