Perak Hari Ini

Mahkamah Syariah, Sivil Perlu Setaraf Hadi Sokong Cadangan Mufti Perak

IPOH:Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Tegasnya, cadangan itu perlu dipertimbangkan oleh pihak yang terlibat kerana ia sama sekali tidak menganggu kebebasan beragama bagi yang bukan Islam.

“Tindakan mendirikan hukum syariah adalah menegakkan keadilan untuk semua.

“Kita perlu kembali ketika zaman sebelum penjajah dahulu Islam sempurna memerintah negara ini tak jadi masalah bagi orang bukan Islam kerana tidak dipaksa.

“Tak perlu bimbang terhadap diskriminasi terhadap kaum lain kita telah berjaya menunjukkan secara praktikal bagaimana Islam itu dilaksanakan, saya sokong mufti kerana ia perlu dilaksanakan dan dipertimbangkan oleh pihak berkuasa,” katanya kepada media selepas hadir merasmikan Wisma Purnama Pas Kawasan Gopeng di sini hari ini.

Katanya lagi, berdasarkan konsep asas perlembagaan Islam sebagai agama Persekutuan, kebebasan agama lain juga pastinya terjamin kerana ia sudah termaktub di dalam perlembangaan negara.

Terdahulu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan agar kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Beliau berkata peruntukan Mahkamah Syariah perlu diluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan, tidak hanya terhad kepada orang Islam sahaja.

Kenyataan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama tiga anak guru tadika M. Indira Gandhi kepada Islam oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");