Perak Hari Ini

NAB Industri Enterprise Contoh Baik Kepada Usahawan Perak, Majukan Perniagaan

BAGAN SERAI:Para usahawan disaran untuk berubah mengikut peredaran masa dan terus berinovasi dalam mengembangkan perniagaan serta produk masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil,Datuk Samsudin Abu Hassan berkata usahawan perlu bermula dari kekuatan diri sendiri dan berusaha sebaik mungkin membangun sendiri serta mempelajari ilmu keusahawan.

“Mereka perlu berubah mengikut peredaran masa dan inovasi yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

“Mahir sebagaimanapun mereka jika tiada inovasi dan kreatif tak kan kemana,” katanya pada sesi lawatan kerja dan Perasmian Premis Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) NAB Industri Enterprise di kampung Parit Haji Husin Jalan Kuala Kurau di sini hari ini

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat.

Katanya Nab Industri Enterprise merupakan satu contoh terbaik kepada para usahawan di luar sana yang membuktikan perniagaan bermula daripada kosong berserta keinginan untuk berjaya telah membuahkan kejayaan dengan hanya menjalankan perniagaan kuih peneram.

“Semangat juang yang tinggi oleh Nab Industry Enterprise telah menunjukkan bukti bahawa usahawan yang berjaya bermula bermula dengan keuntungan RM800 kini berpendapatan RM500,000 setahun,” katanya.

Jelasnya, Kerajaan Negeri bersama-sama pelbagai agensi kerajaan peringkat negeri dan Persekutuan terus giat memberi dorongan dan suntikan semangat kepada para usahawan terus berjaya.

“Teknologi pemasaran secara digital adalah platform untuk berdaya maju bukan sahaja secara tradisional tetapi melangkah digital harus seiring keperluan,” katanya.

Kerajaan Negeri turut mensasarkan sebanyak 1.5 peratus bagi tiga kategori usahawan berpendapatan bawah RM300,000-RM1 juta, atas RM300,000-RM1 juta dan atas RM1 juta dapat dipertingkatkan.

“Usahawan Perak kini berjumlah 75,000 jumlah dan jumlah ini merupakan keempat tertinggi selepas Wilayah Persektuan, Selangor dan Johor jadi kita memetingkan kuantiti juga usahawan menjana pendapatan untuk rakyat dan negeri dan mesti melihat daripada segi kualitinya.

“Kita mahu melonjakkan sebanyak 1.5 peratus usahawan mikro dibawah pendapatan RM300,000 dilonjakkan kepada kluster kecil pendapatan 300,000 ke RM1 juta begitu juga dua kategori lain,” katanya.

Katanya setakat ini bagi usaha skala sederhana pendapatan atas RM1 juta berjumlah 500 usahawan manakala bawah RM300,00 hingga 1 juta sebanyak 12,000 usahawan dan RM55,000 usahawan kini dibawah kategori pendapatan RM300,00 dan kebawah.

Sementara itu usahawan Nab Industri Enterprise Nor Azizah Amri berkongsi cerita memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di pasar malam dan kini telah menembusi pasaran hingga ke Singapura.

“Perniagaan mulanya kecil sahaja hanya dapat keuntungan sehari RM30 tetapi saya tetap teruskan sampai sekarang hanya berniaga di pasar pagi dan pasar tani itu pun menggunakan lori bergerak food truck menjual peneram.

“Saya menerima bantuan daripada pelbagai pihak seperti Kemas, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), SME Corp dan juga Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang banyak membantu sehingga kini,” katanya.

Nab industri Enterprise kini memiliki bengkel lengkap dengan mesin pembuatan peneram yang terkini serta sijil perakuan Halal dan Mesti selain kemudah tiga food truck untuk penjualan kuih tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");