Berita Hari Ini

PM Lancar KR1M 2.0

TEMERLOH – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 yang mempunyai konsep lebih baik seperti yang diwar-warkan kerajaan sebelum ini.

Najib berkata, pelancaran outlet pertama KR1M 2.0 bertempat di Tunas Manja Group (TMG) Temerloh, Pahang itu akan berkonsepkan kepada tiga kategori model perniagaan baharu.

Menurutnya, tiga kategori model itu ialah KR1M 2.0 adalah kerjasama strategik antara kerajaan dengan pengilang,pengeluar dan pengedar, operasi perniagaan adalah kendalian pemilik dan penjenamaan bersama.

“Pelancaran KR1M 2.0 di TMG Temerloh menandakan bahawa usaha untuk mengkaji semula dan melaksanakan penambah baikkan pada konsep KR1M telah berjaya dilaksanakan,” katanya.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");