Jenayah

Pusat Urut Gaji PATI Kena Serbu

PETALING JAYA: Polis menyerbu dua pemilik premis perniagaan di Jalan SS 2/67, di sini yang didapati menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai pekerja.

Dalam serbuan di premis pertama pada jam 6 petang semalam, empat wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut di premis itu ditahan, bersama seorang lelaki tempatan yang menjadi penjaga premis.

Setengah jam kemudian, polis menyerbu satu lagi premis rawatan kecantikan di lokasi berhampiran yang dikesan menggaji tiga wanita warga China sebagai tukang urut.

Turut ditahan, seorang lelaki penjaga premis warga tempatan.

Pegawai Turus Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman, berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan mengurut termasuk serta sejumlah wang tunai hasil perniagaan.

“Kita dapati kedua-dua premis perniagaan ini menggaji warga asing sebagai pekerja tanpa permit dan pemeriksaan mendapati ada antara mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah masuk ke negara ini.

“Semuanya dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 serta Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");