Membawang Hari Ini

“Saya Masih Waras… Ini Bermakna Kulit Saya Cantik” – Fiza Halim

NIAT pelakon Fiza Halim yang berkongsi swafoto dirinya selesai bersolat bersama kapsyen untuk mencari ketenangan dalam hidup nampaknya tercalar dengan pertanyaan kurang sopan daripada salah seorang pengikutnya di Instagram.

Pertanyaan tersebut bagaimanapun bukanlah mengenai apa yang dikongsi pelakon itu namun mengenai wajahnya dalam foto tersebut yang menjadi perhatian.

Ramai menyangka Fiza mengenakan solekan ketika bersembahyang gara-gara wajahnya yang dilihat beseri-seri seakan-akan mengenakan solekan.

Tidak mahu ada pihak terus salah faham terhadapnya, Fiza menerusi ruangan komen membalas pertanyaan peminat tersebut dengan menjelaskan dia masih waras dan tahu berfikir.

Secara sinikal, Fiza turut memberitahu wajahnya kelihatan seperti bersolek adalah bukti dia mempunyai kulit yang cantik.

“Maaf ya… Saya masih lagi waras dan tahu berfikir. Ini bermakna kulit saya cantik sampaikan tak make up pun orang cakap make up,” tulisnya memetik sumber MSTAR Online.

Pengikutnya yang meninggalkan komen tersebut kemudiannya membalas jawapan Fiza dengan memberitahu dia hanya bertanya kerana menyangka gambar tersebut daripada babak drama lakonannya.

Sementara itu, rata-rata pengikutnya kagum dengan cara Fiza menegur kritikan dibuat terhadapnya selain memuji kulit wajah Fiza yang sentiasa awet muda walaupun sudah berusia 37 tahun.

“Fiza memang sangat cantik… kita memang mengagumi awak dari dulu lagi,” tulis pengikutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");