Sukan Hari Ini

Takraw Kembali Dipertandingkan

PERSATUAN Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT)menyambut baik pengumuman tiga sukan teras yang digugurkan termasuk sepak takraw dua bulan lalu kembali dipertandingkan semula pada temasya Sukan Malaysia (Sukma ) 2018 Perak sebagai sukan pilihan.

Presidennya, Mohd Shapian Ali berkata, peluang kedua yang diberikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu semalam disifatkan tepat pada masanya.

Menurutnya, walaupun sekadar pasukan pilihan, namun peryertaan pada temasya Sukma itu wajar diteruskan memandangkan ia merupakan platform terbaik bagi pembangunan sukan sepak takraw itu sendiri dalam melahirkan pemain berkaliber pada masa akan datang.

“Sememangnya ini yang kita mahu (kembali dipertandingkan), jika ia terus digugurkan maka tiada lagi atlet yang akan mengambil bahagian dalam sukan takraw maka semakin sukar untuk kita terus membangunkan sukan ini.

“Meskipun sukan sepak takraw tidak lagi menjadi sukan teras tetapi kita diperingkat negeri tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk terus membangunkan sukan ini dengan kerjasama pihak kerjaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT),” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Sebelum ini Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) yang juga dipengerusikan Khairy buat julung kalinya menggugurkan tiga jenis sukan teras membabitkan sukan sepak takraw, taekwondo dan angkat berat sekali gus memberi tamparan hebat buat sukan terbabit apabila tidak boleh dipertandingkan pada Sukma Perak September depan.

Pengguguran itu dilakukan selepas kajian mendalam dilakukan berdasarkan prestasi semasa persatuan terbabit.

Mengulas lanjut, Mohd Shapian berkata, keputusan itu juga dilihat tidak mensia-siakan usaha PSNT dan MSNT menghantar alte-atlet sepak takraw menjalani latihan dan menyertai beberapa kejohanan diluar negara sebagai persiapan menghadapi Sukma 2018 di Perak nanti.

“Alhamdulillah walaupun sebelum ini kita dimaklumkan bahawa sukan ini tidak dipertandingkan pada Sukma musim ini tetapi program latihan yang dirangka sejak penghujung 2016 tetap diteruskan dan ini jelas turut mengembirakan atlet itu sendiri.

“Malah atlet-atlet sepak takraw Sukma Terengganu juga telah memasuki latihan fasa terakhir sebelum menyertai beberapa siri kejohanan sebagai pendedahan terakhir sebelum ke Sukma Perak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");