Perak Hari Ini

TPM Lulus Peruntukan RM680 Ribu Untuk SMA Maahad Al Islah

TELUK INTAN:Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluluskan peruntukan sejumlah RM680,000 untuk penambahbaikan kemudahan Sekolah Menengah Agama Maahad (SMA) Al Islah Parit 17 Sungai Lampam di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Semarak Mahabah Sekolah Menengah Agama Maahad Al Islah Parit 17 Sungai Lampam Sungai Manik hari ini.

Katanya, bantuan tersebut diluluskan sebagai tanda keprihatinan kerajaan dan tidak pernah meminggirkan sekolah aliran agama.

Peruntukan tersebut merangkumi pembinaan tangki dan paip bomba berjumlah RM280 ribu, manakala bagi pembinaan gelanggang Futsall berbumbung berjumlah RM300,000 dan dewan tertutup lengkap dengan penghawa dingin berjumlah RM100,000.

“Kerajaan tidak berasaskan kepada warna siasah yang berbeza atas nama agama kita harus memberikan noktah dan titik penamat kepada perbezaan minda dan sikap pendirian kerana agama lebih tinggi

“Perbezaan pendapat boleh ditangani asasnya keutamaan kepada penyatuan aqidah dan pegangan kita terhadap melakukan ibadah adalah penting,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Beliau terdahulu mengakui sangat rapat dengan perkembangan sekolah ini secara peribadi terutama ayahnya sendiri.

“Saya beri peruntukan ini bukan kerana saya lahir daripada institusi pendidikan agama dan tahu kekurangannya dan sementara Allah SWT memberikan amanah saya tunaikan.

“Noktah perbezaan dari segi persepaduan dari nurani penyatuan pemikiran perlu diperlebarkan dan penyatuan nurani harus diterjemahkan dan noktah perlu diletakkan walaupun mempunyai warna siasah berbeza fitrah datang dan pegi pemimpin terpilih dokongan mesti diberikan kepada kepimpinan organisasi,” katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Exco Kerajaan Negeri Datuk Zainol Fadzi Paharuddin serta Pengetua SMA Maahad Al Islah Agus Lokman Sulam.

Katanya beliau sendiri akan hadir meninjau sendiri perkembangan peruntukan sekolah ini kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");