Perak Hari Ini

35 Keluarga Terima Bantuan Baiki Rumah

IPOH:Seramai 35 ketua keluarga sekitar Parlimen Tambun dipilih menerima bantuan Program Baik Pulih Rumah bagi membaiki kediaman masing-masing yang uzur.

Program menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dibawah kelolaan Giat Mara Malaysia ini telah mengenalpasti pemohon yang layak mendapat bantuan membaiki dan membina semula rumah di sekitar parlimen Tambun.

Menurut Pengurus Giat Mara Tambun, Ghazali Mansor sebanyak 50 pemohonan telah diterima menerusi kerjasama dengan KKLW bagaimanapun sebanyak 35 permohonan diluluskan.

“Hasil siasatan dan tinjauan ke rumah pemohon sebanyak 35 penerima bantuan telah dipilih dan proses membaikpulih akan dijalankan dua minggu akan datang,” katanya.

Terdahulu Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah hadir pada Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Baikpulih Rumah & Minum Petang bersama penduduk Taman Meru Height di sini hari ini.

Husni semasa menyampaikan ucapan berkata tiada perkataan selain gembira boleh dizahirkan olehnya atas sumbangan membaikpulih rumah yang diterima para penerima hari ini.

“Dahulunya saya hidup susah rumah bocor, saya tahu kesusahan itu selepas tamat belajar, saya bekerja dan berusaha membaiki rumah ibu bapa saya dan barulah mereka lega, jadi saya boleh bayangkan seronoknya dapat membaiki rumah menjadi lebih selesa,” katanya.

Sementara itu, menurut salah seorang penerima Rokiah Mohmad 60, sumbangan yang diterimanya itu cukup dinanti-nantikannya sekeluarga.

“Sudah lama atap rosak dan dinding juga tidak baik, apabila hujan pastinya air masuk ke dalam rumah kerana pembinaan dahulu tergendala sebab masalah kewangan,” katanya.

Rokiah yang tinggal bersama lima lagi anaknya berasa terharu dan gembira kerana terpilih menerima bantuan tersebut.

Pada majlis berkenaan, Husni turut menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda dan basikal kepada penerima yang layak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");