Perak Hari Ini

Arena Piala Sultan Azlan Shah Ke-27 Dibuka Esok

IPOH: Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Kali Edisi ke-27 bakal membuka pintu gelanggangnya pada esok sehingga 10 Mac 2018.

Pasukan tuan rumah bakal memulakan aksinya menentang Ireland (3 Mac 2018), diikuti pasukan dari Australia (4 Mac 2018), Argentina (6 Mac 2018), India (7 Mac 2018) serta pasukan juara bertahan, England.

Selain menampilkan muka-muka baru, rata-rata pasukan yang bertanding menjadikan medan kejohanan antarabangsa ini sebagai arena bagi menguji kekuatan masing-masing sebelum ke kejohanan yang lebih besar.

Difahamkan Malaysia kini sedang berada dalam persiapan untuk ke sukan Komanwel dan Sukan Asia selain menyasarkan Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di India Disember ini.

Jurulatih skuad hoki kebangsaan, Stephen Van Huizen ketika ditemui pada sidang media petang tadi berkata, Malaysia akan menampilkan muka-muka baru dan ianya bakal diketahui umum pada sesi perlawanan menentang Ireland esok.

Jelasnya pada tahun ini skuad kebangsaan akan melakukan yang terbaik dan memperbaiki beberapa kelamahan selain menimba seberapa banyak pengalaman beraksi dengan pasukan-pasukan antarabangsa yang berada pada rangking 10 ke atas.

Difahamkan juara sembilan kali, pasukan Australia kini berada pada ranking pertama dunia, diikuti Argentina (ranking kedua), India (ranking keenam), England (rangking ketujuh), Ireland (ranking ke-10) dan Malaysia berada pada ranking ke-12 dunia.

Pada sidang media tersebut, turut diumumkan Muhammad Razie Abd Rahim sebagai ketua pasukan yang bakal menggantikan tempat Muhammad Sukri Abdul Mutalib yang kini sedang menjalani proses pemulihan akibat kecederaan hamstring.

Ketika ditanya berkenaan kedudukan ranking negara yang paling bawah berbanding lima pasukan yang lain, Razie berkata beliau tidak kisah digelar sebagai pasukan ‘underdog’ kerana yakin pasukanya tidak akan mempersia-siakan peluang pada kejohanan kali ini.

Menyentuh tentang perlawanan esok, beliau berkata ianya mungkin sesuatu yang sukar di ramal.

“Kita sudah lama tidak bertemu dengan Ireland dan untuk perlawanan esok saya rasakan peluang untuk kita menang ialah 50-50,” katanya.

Selain wakil-wakil daripada pasukan masing-masing, sidang media yang diadakan di Hotel Impiana, dekat sini, turut dihadiri Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Datuk Abdul Rahim Md Ariff.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");