Perak Hari Ini

Dipilih Jadi Calon, Serah Pada BN Buat Keputusan- Mah Siew Keong

IPOH:Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong mengakui bahawa partinya telah memilih dirinya sebagai calon bagi Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum ke-14 kelak.

Bagaimanapun beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata segala keputusan diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk dipertimbangkan.

Malah beliau menegaskan bahawa sama sekali tidak ambil pusing terhadap mana-mana calon yang berminat untuk bertanding di kerusi tersebut.

“Saya tidak akan lari dari Teluk Intan dan akan terus kekal di Parlimen itu setakat ini saya hanya fokus terhadap kerja dan tanggungjawab saya.

“Banyak spekulasi timbul bagi calon yang akan bertanding di Teluk Intan saya tidak kisah mengenai siapa calon dan hanya fokus pada kerja dan sesiapa yang bertanding saya juga tidak boleh halang.

“Sedikit mengejutkan saya apabila tiap kali pilihan raya bertukar, calon DAP berubah-rubah. Calon yang menang selepas kalah tidak pertahankan begitu juga yang kalah tidak bertanding lagi,” katanya sejurus selepas mengadakan lawatan ke Ekspo Jualan Perumahan ‘Kearah Sejuta Impian’ Edisi Perak Perbadanan Pr1ma Malaysia berlangsung selama lima hari di Ipoh Convention Centre di sini,hari ini.

Katanya lagi, setakat ini tiada calon yang bertanding di Parlimen itu yang bertahan untuk PRU seterusnya malah sering kelihatan calon baru yang diketengahkan terutama bagi pihak pembangkang.

Beliau turut menyatakan terdapat calon yang memilih untuk bertanding di kerusi lain disebabkan oleh pelbagai punca antaranya tidak berkhidmat atau mempunyai masalah di kawasan yang diwakili mereka.

“Saya telah berkhidmat di sana ada rekod,kita ada pihak yang ingin lari ke lokasi lain mungkin ada masalah di kawasan mereka saya tak tahu..,” katanya.

Terdahulu Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi tersebut bagaimanapun Mah enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");