Isu Panas

“Jangan Fitnah, Aibkan GPMS”

KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambri Mohd Isa hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis Dang Wangi berhubung tuduhan fitnah Exco Pemuda Pendidikan PBBM dan Pakatan Harapan, Ashraf Mustaqim yang kononnya beliau menyalahgunakan wang GPMS untuk pembangunan pendidikan para pelajar melayu.

Beliau yang ditemani peguam Hj. Nik Saiful Adli Burhan dan sekumpulan ahli GPMS berkata fitnah yang dilemparkan adalah amat berat dan tidak masuk akal kerana ianya jelas bermotifkan serangan peribadi dan politik.

Selain itu beliau juga memberitahu Ashraf Mustaqim sengaja ingin menjatuhkan kredibiliti beliau yang semakin hari semakin lantang memperjuangkan hak-hak dan pembangunan pelajar-pelajar melayu ketika ini.

Menurutnya lagi tindak tanduk Ashraf Mustaqim semakin keterlaluan apabila menyerang beliau di media sosial dengan mengaitkan beliau dengan isu-isu yang tidak masuk akal seperti masalah yayasan, duit tajaan pelajar Mesir dan ubahsuai kediaman yang dirasakan sengaja direka untuk memburuk- burukkan kepimpinan beliau.

Beliau menyifatkan tindakan Ashraf Mustaqim yang dilihat sebagai ‘orang kuat’ parti pembangkang itu seperti kebudak-budakan kerana sanggup memfitnahnya semata-mata kerana ingin mendapatkan publisiti murahan.

“Beliau ada mengajak saya berdebat tentang perkara ini namun saya tolak kerana bagi saya adalah tidak adil apabila dia sendiri yang menetapkan tajuk, ahli panel dan moderator.”

“Jika debat itu dibuat secara adil pastinya saya tidak akan tolak, malah saya sendiri mengalu-alukan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng untuk sama-sama berada di atas pentas ketika itu”, katanya, sebagaimana dilaporkan Utusan Online.

Oleh itu beliau menggesa pihak polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya kerana beliau bersedia untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan pada bila-bila masa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");