Perak Hari Ini

LAP Beri Subsidi Air Pada Rumah Ibadat Melebihi Had Penggunaan

IPOH:Setiap rumah ibadat yang berdaftar menerima subsidi daripada Lembaga Air Perak (LAP) bagi penggunaan air lebih daripada 20 meter padu yang diperuntukkan untuk kegunaan premis tersebut.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry subsidi sebanyak 57 sen ditanggung oleh LAP dan pengurusan rumah ibadat hanya perlu membayar 34 sen bagi semeter padu apabila melebihi daripada pemberian percuma yang diberikan sebanyak 20 meter padu.

“Kesemua rumah ibadat ini diberikan subsidi khas untuk mereka menggunakan 20 meter padu yang diberikan secara percuma tetapi bagi penggunaan air melebihi 20 meter padu setiap rumah ibadat juga menerima subsidi sebanyak 57 sen sahaja semeter padu yang ditanggung LAP.

“Jadi pihak rumah ibadat sepatutnya perlu membayar 91 sen bagi satu meter padu tetapi hanya perlu membayar 34 sen semeter padu sahaja kerana selebihnya ditanggung oleh pihak LAP,” katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat LAP bil/2018 di Kompleks LAP di sini hari ini.

Turut hadir sama Pengurus Besar LAP, Datuk Ir Mohd Yusuf Mohd Isa dan Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Katanya, telah menjadi dasar kerajaan memberi subsidi air kepada rakyat miskin dan dasar ini diteruskan sepanjang 10 tahun dengan bantuan subsidi sehingga 12 Mac 2018, melibatkan 11,537 keluarga dengan kos perbelanjaan subsidi RM9.3 juta.

“Manakala bagi bantuan subsidi rumah ibadat kita lancarkan mulai 2013, telah memberikan subsidi kepada 1951 buah rumah ibadat masjid, Gereja, Kuil, tokong, yang mana kesememua didaftarkan secara sah,” katanya.

Kerajaan negeri juga katanya memandang serius mengenai kes curi air memandang kecurian air dan yang terbaru sebuah kilang ais telah dikenakan tindakan saman serta dibicarakan di mahkamah mengenai kes kecurian air.

LAP juga katanya disaran supaya terus mengurangkan tahap Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water, NRW) dibawah 30 peratus.

“Saya mendapat laporan antara isu hadapi adalah berlakunya masalah air tidak terhasil (NRW) yang agak serius dan kita telah menetapkan matlamat sekiranya LAP dapat mengurangkan dibawah 30 peratus ia adalah satu pecapaian yang baik dan perlu dipertingatkan.

“Manakala laporan terbaru mendapati LAP telah berjaya berganjak kepada satu tahap baik, mengatasi masalah air tidak terhasil sebanyak 28.8 peratus berbanding sebelum ini lebih 30 peratus yang disebabkan oleh banyak faktor.

“Jadi ia satu pencapaian baik dan peningkatan perlu terus dilakukan kerana masalah ini sering terjadi pada negeri yang mempunyai keluasan yang besar seperti di Perak sendiri kita memiliki sepanjang 11,000 kilometer (KM) paip air berbanding negeri lain yang kecil cuma sepanjang 2,000 kilometer sahaja,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");