Jenayah

Liwat Pelajar Tahfiz: Pembantu Pusat Pembelajaran Tidak Mengaku Salah

KUANTAN: Seorang pembantu sebuah pusat pembelajaran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meliwat enam pelajar dan melakukan gangguan seksual membabitkan empat pelajar sebuah pusat tahfiz di daerah ini sejak tahun lalu.

Tertuduh, Nasrul Arman Ahmad, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 38 pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu sejak Julai 2017 dan kejadian terakhir pada Februari lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap 10 pelajar pusat tahfiz berkenaan berusia antara 12 tahun hingga 17 tahun di dua alamat iaitu di pusat tahfiz berkenaan dan di kediamannya di Taman Selamat, Teluk Sisik di sini.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika bersalah boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan bagi setiap tuduhan.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, suspek berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd. Nadzri dan tertuduh diwakili Peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak RM380,000 untuk kesemua pertuduhan dan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa.

Tarikh 23 April depan ditetapkan untuk sebutan semula kes berkenaan.

– UTUSAN ONLINE.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");