Isu Panas

Retorik, Tak Realistik.. Menteri Bidas Semua ’10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan’

Pakatan Harapan sudahpun melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang dengan tema ‘Membina Negara, Memenuhi Harapan’ yang turut mengandungi ’10 Janji 100 Hari’ akan dilaksanakan sekiranya membentuk kerajaan.

Manifesto dilancarkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan sendiri merangkap calon Perdana Menteri pakatan berkenaan, Tun Dr Mahathir Mohamad di Idea Convention Centre (IDC), Shah Alam, lewat malam tadi.

Antara janji yang akan dilaksanakan adalah untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% dengan mengembalikan semula 10% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Jika pada PRU13 lalu, pembangkang sama dibawah payung Pakatan Rakyat berjanji untuk menghapuskan semua hutang pelajar dibawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), manifesto Pakatan Harapan kali ini tidak akan bertindak sedemikian.

Sebaliknya, Pakatan Harapan akan terus mengenakan hutang kepada peminjam namun bayaran cuma dikenakan selepas peminjam memperoleh gaji melebihi RM4,000.

“Tiada janji baru yang segar dan realistik yang boleh memberi manfaat kepada rakyat,” itu respon Menteri di Jabatan Perdana Menteri Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Katanya, GST memberi pulangan kepada kerajaan sehingga RM41 bilion berbanding SST yang tidak telus dan hanya menyumbang RM17 bilion.

“Bagaimana Pakatan mahu tampung kekurangan lebih RM20 billion?” soalnya.

Flip-flop kedua adalah untuk melaksanakan subsidi petrol bersasar sedangkan sebelum ini pembangkang berjanji untuk menurunkan harga petrol kepada RM1.50.

Kata Abdul Rahman, subsidi bersasar sudahpun dilaksanakan kerajaan Barisan dalam bentuk agihan tunai iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) semenjak 2012.

“Dulu mereka janji nak hapuskan hutang PTPTN. Sekarang mereka kata bila gaji kasar melebihi RM4,000 baru mula bayar. Kerajaan telah mengecualikan RM1.23 bln bayaran balik untuk 41,706 pelajar daripada yang mendapat ijazah kelas pertama”.

Seterusnya Pakatan Harapan berjanji untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat 1MDB, Felda dan Tabung Haji tetapi apabila kerajaan memulakan RCI terhadap skandal Bank Negara yang didesak pembangkang selama ini, keputusan tersebut ditolak pula.

“Mereka patut tuntut juga RCI untuk terowong dasar laut!”.

Berikut adalah lima lagi fakta yang dibidas Abdul Rahman berkenaan 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan.

– Tubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk semak & laksana Perjanjian Malaysia 1963? PM @NajibRazak sudah pun tubuhkan J/K Khas malah beri komitmen akan kembalikan mana-mana hak Sabah & Sarawak yang “terambil” secara sengaja atau tak dalam Perjanjian Malaysia 1963.

– Skim Peduli Sihat dengan had maksima RM500 setahun? Di hospital-hospital kerajaan, tiada had untuk rakyat mendapatkan rawatan. Tahun ini sahaja, Kerajaan belanja RM26.5 billion untuk sektor kesihatan demi rakyat.

– Projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing akan dikaji semula. Saya nak tanya KLCC, LRT STAR & PUTRA, Dayabumi syarikat tempatan mana yang bina?

– Perintah Gaji Minima (2012) menetapkan kadar gaji minima disemak setiap 2 tahun. Tahun ini ianya akan disemak lagi. Tak payah tunggu janji Pakatan untuk naikkan gaji minima pekerja.

– Berbanding Pakatan yang mahu suri rumah KEKAL di rumah, BN ada perancangan yang lebih komprehensif demi memperkasa wanita. BN menyalakan inspirasi agar mereka kekal/menyertai pasaran buruh untuk menyumbang kepada ekonomi negara dan menaik taraf ekonomi keluarga.

Ketika majlis pelancaran manifesto malam tadi, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng – masing-masing merupakan Naib Presiden dan Timbalan Presiden Pakatan Harapan – menjadikan negeri ditadbir mereka sebagai model kepada kerajaan yang akan dibentuk selepas menakluk Putrajaya.

Sukar untuk menghadam kenyataan oleh dua ketua negeri ini berikutan satunya berdepan masalah kecurangan kepimpinan sehingga sanggup menyingkirkan Menteri Besar yang tidak bersalah dan sebuah lagi berdepan skandal rasuah rumah kediaman rasmi dan projek mega yang amat rumit sekali.

Jika benar Selangor dan Pulau Pinang adalah contoh kepada kerajaan Pakatan Harapan Putrajaya, rakyat sekurang-kurangnya boleh menjangkakan kenaikan tarif air dan cukai pintu setiap tahun, disamping masalah banjir serta krisis air berpanjangan setiap tahun.

Tidak lupa juga, projek perumahan mampu milik sekadar diumumkan sahaja di Dewan Rakyat atau di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tidak akan sesekali dibina kerana keutamaan adalah projek perumahan mewah sahaja.

– mD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");