Perak Hari Ini

Shahrizat Sudah Buat Keputusan Tolak Pelawaan Jadi Calon Sungai Besar

IPOH:”Saya rasa amat terharu dengan pelawaan itu, tetapi saya tidak akan turun ke Sungai Besar,” kata Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengenai pelawaan Pengerusi Barisan Nasional Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Biarpun telah membuat keputusan untuk tidak bertanding di Sungai Besar, Shahrizat tetap menyatakan sokongan dan akan memberi sokongan kepada calon di kawasan Parlimen itu kelak.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Jamal dan UMNO Bahagian Sungai Besar kerana bersungguh dan ikhlas membuat tawaran itu kepada saya tetapi saya tidak dapat terima kerana saya berpendapat ada calon tempatan yang hebat dan berpengaruh yang mampu mendapat sokongan pengundi yang perlu diketengahkan sebagai calon.

“Saya sudah bincang dan maklum keputusan ini kepada Presiden UMNO juga dan kepada Datuk Seri Jamal Md Yunos.

“Saya dan Wanita akan turun padang ke Sungai Besar untuk membantu calon BN nanti untuk menentukan kemenangan BN di semua DUN dan Parlimen Sungai Besar,” katanya selepas hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita dan Puteri peringkat Negeri Perak di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.

Mengulas sama ada beliau atau bertanding atau tidak keputusan itu diserahkan sepenuhnya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Bertanding atau tidak terpulang kepada pucuk pimpinan, untuk saya biar Presiden Umno buat keputusan untuk sungai Besar saya buat keputusan sebelum dipertimbangkan bahawa saya tidak akan turun ke Sungai Besar.

“Sungai Besar sentiasa terlekat di hati saya, saya rasa ada calon tempatan yang baik dan sebagai ketua wanita saya perlu bertanggungjawab melihat sekeliling kerana Sungai Besar ada banyak calon tempatan yang layak,” katanya.

Beliau turut memberi peringatan kepada jentera wanita supaya menerima siapa sahaja calon yang diputuskan oleh pimpinan tertinggi tanpa sebarang bantahan dan polemik.

“Saya ingatkan wanita kekuatan dalaman amat mustahak, kalau kuat parti kita dan kukuh orang luar tak boleh tumbang kita..pertama sekali ketika kita hadapi pilihan raya paling utama kekuatan perpaduan dalam parti apabila calon diumumkan saya mintak calon diumumkan mesti kita terima jangan ada polemik, kemelut.Kita mesti datang bersama dan memenangkan BN,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");