Perak Hari Ini

Belum Menang Pilihanraya, Kita Sudah Kotakan Janji: Ds Zambry

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak pernah memungkiri janji yang dibuat kepada rakyat.

Menurut beliau, di dalam manifesto BN Perak yang dilancarkan sebelum ini ada menjanjikan usaha untuk membantu golongan belia memiliki kediaman sekiranya terus diberi mandat mentadbir negeri itu.

Bagaimana hari ini, Majlis Pecah Tanah Rumah Transit Belia 1MYC, Perak di Tapak Cadangan Rumah Transit Belia Tanjong Malim membuktikan bahawa BN telah berjaya mengotakan janji walaupun belum selesai PRU.

“Tanjong Malim dipilih untuk wujudkan bukan hanya Rumah Transit Belia malah satu perancangan besar kepada anak-anak muda dan menjadikan kawasan ini sebagai bandar belia.

“Dan perkara ini adalah antara aku janji kita kepimpinan BN di Perak iaitu untuk membantu golongan belia memiliki rumah idaman.

“Tanjong Malim bakal menjadi bandar belia dengan pelbagai kemudahan dan ditambah lagi dengan Rumah Transit ini.

“Boleh lihat dari masa sekarang dan kemudian 5 tahun akan datang kepada 30 tahun akan datang satu perubahan yang besar,” katanya ketika berucap di Tanjong Malim disini, hari ini.

Menurut beliau lagi, kawasan Tanjong Malim menjadi antara fokus utama untuk negeri Perak dalam aspek pembangunan.

“Apa yang rakyat dapat nikmati dari semua ini, itulah penekanan yang kita berikan kepada negeri Perak. Inilah peranan yang dimainkan oleh BN.

“Kita rancang sebaiknya. Kita janji kepada rakyat apa yang kita boleh laksanakan. Kita tak janji bulan dan bintang,” katanya lagi.

Terdahulu turut hadir ke majlis berkenaan, Calon Parlimen Tanjong Malim, Datuk Dr Mah Hang Soon, Calon Adun Slim, Datuk Khushairi Talib dan Calon Adun Behrang, Datuk Rusnah Kassim.

Sebanyak 308 unit Rumah Transit Belia 1MYC bakal dibina di Tanjong Malim.

Initiatif ini diwujudkan oleh dilaksanakan bagi membantu golongan muda berpendapatan sederhana sebagai rumah transit (sewa) sehingga mampu memiliki kediaman sendiri.

Kaedah yang digunakan dimana penyewa akan membayar kadar sewa yang ditetapkan dimana separuh dari kadar itu akan ditabungkan dalam tempoh 5 tahun maksimum.

Apabila mereka keluar dari rumah transit berkenaan maka kerajaan akan menyerahkan semula wang tabungan dari nilai sewa dan ia kemudian boleh dijadikan sebagai deposit rumah kediaman di masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");