Perak Hari Ini

BN Yakin Dapat Pertahankan Kerusi DUN, Parlimen Di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR: Barisan Nasional (BN) menzahirkan keyakinan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan seterusnya mengekalkan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan dan Manong dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia dapat dibuktikan menerusi kejayaan dalam Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar pada 2016, yang mana BN berjaya memilik majoriti besar sebanyak 6,969.

Jelasnya, kejayaan tersebut merupakan perpaduan dan kerjasama erat setiap ahli serta jentera BN dalam usaha mahu memenangkan parti tersebut.

“Jangan rasa diri kita gundah-gulana kerana saya yakin Kuala Kangsar sentiasa bersatu dan apabila keputusan berkenaan calon diumumkan, kita harus bekerja dengan memastikan kemenangan calon-calon kita di semua kawasan termasuk di Kuala Kangsar,” katanya.

Selain itu, Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata, kerajaan BN sentiasa berusaha bagi memastikan rakyat di seluruh negeri ini dapat merasai nikmat pembangunan.

Katanya, ia sebagaimana tercatat dalam Manifesto BN yang dilancarkan semalam, yang menjanjikan pembinaan sebuah lapangan terbang di Seri Iskandar bagi tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam proram Mesra Rakyat Timbalan Perdana Menteri di Dewan Jubli Perak, dekat sini,  pada Ahad.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman, serta barisan kepimpinan parti-parti komponen BN Negeri dan daerah.

Pada perkembangan sama, ADUN Manong, Datuk Mohamad Kamil Shafie berkata Kuala Kangsar tidak pernah mengecewakan BN semenjak era penubuhan Parti Perikatan sehinggalah ia menjadi Barisan Nasional.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");