Berita Hari Ini

Calon DAP, PKR, PAN Tidak Buat Tapisan SPRM

KUALA LUMPUR: Tiga parti pakatan pembangkang iaitu DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan menghantar senarai nama calon mereka yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini untuk ditapis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Pilihan Raya PAN, Dr Hatta Ramli, berkata tiada keperluan calon partinya membuat tapisan rasuah kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mewajibkan parti bertanding berbuat demikian.

Beliau berkata, arahan berkenaan bukan mandatori dan partinya tidak perlu mengikuti langkah Barisan Nasional (BN).

“Kami tidak akan membuat tapisan rasuah SPRM kerana percaya calon mewakili parti kami bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, hari ini, dilaporkan berkata, hanya BN saja yang sudah menghantar senarai calon untuk melalui proses tapisan SPRM bagi memastikan calon terbabit bebas daripada sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Senarai calon yang sudah ditapis itu dihantar semula kepada parti berkenaan untuk membuat keputusan.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda PKR, Chang Lih Kang berkata, mereka tidak membuat tapisan rasuah kerana tidak percaya terhadap SPRM.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pemilihan partinya akan membuat tapisan sendiri calon mempunyai integriti bertanding pada PRU-14.

“SPRM perlu terlebih dulu memperbaiki integriti dengan menyiasat kes kami laporkan,” katanya yang akan bertanding di kerusi Parlimen Tanjong Malim pada PRU-14 ini yang dijangka menentang penyandang yang juga Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Ketua Pemuda DAP Perak, Howard Lee pula mendakwa, SPRM tidak mempunyai kredibiliti untuk menapis calon pilihan raya.

“Pakatan Harapan tidak akan kehilangan kredibiliti walaupun calonnya tidak ditapis SPRM. Orang ramai sendiri tidak mempunyai keyakinan terhadap SPRM,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");