Perak Hari Ini

Calon Pru 14: Puhat Mahu Berbakti Untuk Kampung Halaman

IPOH:Menepati ramalan pemerhati politik tempatan serta khabar angin yang didengar, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan sah diumumkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Parit Buntar pada PRU14.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir Majlis Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) Perak di kediaman Menteri Besar hari ini.

Puhat ketika ditemui Peraktoday berkata beliau berterima kasih kepada Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak serta barisan kepimpinan tertinggi dan Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir atas peluang yang diberikan kepadanya.

“Saya akan buat yang terbaik atas amanah yang diberikan kepada saya ini dan saya akan gunakan pengalaman sebagai bekas setiausaha kerajaan Negeri,bekas pegawai daerah dan yang dipertua Majlis Daerah dahulu selama empat tahun pengalaman itu untuk membantu masyarakat di Daerah Kerian khususnya di Parlimen Parit. Saya akan beri yang terbaik kepada mereka,” katanya.

Jelasnya antara yang menjadi keutamaan buat dirinya ialah membantu meningkatkan infrastuktur dikawasan Kerian selain meningkatkan kualiti pertanian bagi peladang dikawasan itu.

“Saya juga akan berusaha membantu dari segi pertanian padi yang masih dalam lingkungan kurang memuaskan,membantu menyediakan sistem air yang lebih sistematik dan membantu nelayan pantai,” katanya.

Beliau mengakui pada tahun 2013 pernah menolak tawaran menjadi calon, bagaimanapun untuk tawaran kali kedua ini Puhat menerima dengan hati terbuka.

“Saya pernah ditawarkan pada tahun 2013 tetapi menolak ketika itu tetapi buat kali kedua saya menerima dengan hati terbuka dengan matlamat saya ingin berbakti untuk masyarakat tempatan dan di tempat kelahiran saya,”katanya.

Abdul Puhat dijangka bakal berentap dengan penyandang kerusi Parlimen itu dari Harapan, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Naib Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan Parit Buntar, Ahmad Azhar Sharin.

Bagi PRU-14 BN Perak menampilkan tiga muka baru bagi kerusi Parlimen dan Dun Parit Buntar iaitu bagi Titi Serong Norsalewati Mat Norwani dan Kuala Kurau Shahrul Nizam Razali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");