Jenayah

Cikgu Durjana Cabul 12 Murid Ditahan Polis

MIRI: Bukan seorang, tetapi 12 murid lain turut mendakwa menjadi mangsa cabul seorang cikgu di sebuah sekolah di Batu Niah yang ditahan polis, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata pihaknya menerima 12 laporan dibuat waris mangsa di Balai Polis Batu Niah, di sini semalam berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, kesemua kanak-kanak perempuan berkenaan, yang berusia antara lapan hingga 11 tahun, mendakwa dicabul suspek ketika belajar di Tahun 1 dan Tahun 2 sekolah berkenaan.

“Keluarga mangsa mendakwa suspek turut tergamak mengambil gambar bahagian badan anak-anak mereka menggunakan telefon bimbit, namun tidak pasti apa tujuannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini lapor Berita Harian.

Terdahulu, suspek yang berusia 40 tahun ditahan polis ketika memberi keterangan di Balai Polis Pusat Miri berkaitan kes cabul murid perempuan berusia lapan tahun.

Suspek didakwa melakukan perbuatan itu di dalam kelas sejak tahun lalu sebelum mangsa mendedahkan perkara itu kepada ibunya.

Dev ketika mengulas lanjut, turut mengesahkan suspek direman tujuh hari sehingga 1 Mei ini bagi siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 14 (a) & 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");