Perak Hari Ini

‘Rakyat Boleh Menilai Orang Yang Sengaja Meninggalkan Kawasan’

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak tidak mempunyai sebarang masalah jika terdapat mana-mana pihak pembangkang yang hendak bertanding di sesuatu kawasan termasuk Parlimen Teluk Intan pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kemungkinan pembangkang menamakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai calon merebut kerusi tersebut adalah sebagai ‘misi’ kononnya hendak menumbangkan seorang menteri.

Umum mengetahui, Ahli Parlimen Teluk Intan penggal lalu, Datuk Seri Mah Siew Keong adalah seroang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Ujar Zambry, soal sama ada Kor Ming telah berkhidmat dengan baik atau sebaliknya di kerusi Parlimen Taiping sebelum ini, ianya boleh dinilaikan sendiri oleh pengundi di kawasan tersebut.

“Rakyat boleh menilai dan faham orang seperti dia, yang datang dari luar dan boleh meninggalkan kawasannya begitu sahaja,” katanya.

Ketika ditanya pemberita berkenaan keputusan ‘orang kanan Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin, Leman Kanaullah yang ingin bertanding pada PRU14 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor sebagai calon bebas, Zambry yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di situ penggal lalu berkata, ia adalah hak masing-masing.

Jelasnya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demorkasi, semua pihak berhak untuk bertanding dalam mana-mana kawasan pada pilihanraya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Hak Milik Rancangan Tanah Pertanian Berkelompok (RPB) Ulu Chemor dan Surat Tawaran RPB Ulu Samak, Hulu Kinta di Dewan Komuniti Chemor, di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Mantan ADUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah; Mantan ADUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin, Mantan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Kinta, Shahrul Azam Shaari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");