Sukan Hari Ini

Henderson Puji Keinginan Salah

JORDAN Henderson memuji keinginan Mohamed Salah untuk mempertingkatkan mutu permainannya selepas penyerang Liverpool itu dinobat sebagai Pemain Terbaik PFA.

Salah mengetepikan bintang Manchester City, Kevin De Bruyne, untuk meraih gelaran bermakna itu pada Ahad, selepas mengharungi musim pertama yang gemilan di Anfield.

Berhijrah dari Roma, penyerang itu telah menyumbat 41 gol dalam semua kejohanan, membantu skuad kendalian Jurgen Klopp bukan sahaja dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) malah membawa mereka ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Roma, awal pagi esok.

Henderson menyedari kehadiran Salah mampu menyinari pasukan selepas cemerlang dalam saingan Serie A, dia turut mengakui rakan sepasukannya itu telah melepasi setiap jangkaan.

“Saya berasakan kami menjangkakan dia akan menampilkan aksi yang cemerlang, tetapi dia telah melangkauinya,” kata Henderson, sebagaimana ditulis Stadium Astro.

“Dia terus meningkatkan mutu permainan dalam setiap perlawanan.

“Pengurus banyak membantunya sejak tiba di Liverpool, pemain-pemain lain juga bertindak cemerlang di sampingnya.

“Tetapi segala kerja keras terletak ditangannya. Dia sentiasa berada dalam gim, meningkatkan kekuatan dan pemain yang paling gigih dalam sesi latihan.”

Salah meledak gol ketika seri 2-2 dengan West Brom, merakamkan jaringan 31 dalam aksi EPL — menyamai rekod dengan pemain banyak menjaringkan gol dalam 38 aksi liga dalam tempoh semusim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");