Sukan Hari Ini

Misi Buru Gol Awal – Abu Bakar

PASTINYA PKNP FC akan turun dengan konsep menyerang dalam perhitungan suku akhir kedua menentang Felda United dalam saingan Piala FA di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, esok.

“Sedikit rombakan posisi terutama di bahagian serangan. Kami kena memadamkan defisit satu gol selepas tewas di Stadium Negeri Batu Kawan dalam perlawanan terdahulu,” ujar ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

Bagaimanapun, pengendali PKNP itu tetap memastikan keseluruhan pasukan seimbang kerana tahu kelebihan yang ada pada pasukan Felda selaku tuan rumah.

“Pemain-pemain PKNP perlu waspada dengan pendekatan taktikal yang akan diterapkan oleh Felda. Walaupun ada pemain tonggak yang dikhabarkan cedera, namun Felda masih ada banyak pilihan.

Misi PKNP esok adalah tidak boleh bolos dengan gol awal kerana ia akan menyukarkan lagi keadaan. Kami perlu menggunakan 90 minit yang ada untuk mencari jaringan.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");