Perak Hari Ini

Tiada Kompromi Pihak Cuba Sabotaj Parti

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak memandang serius terhadap sebarang cubaan yang hendak mensabotaj parti dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tindakan tersebut dipandang berat malah beliau menegaskan perkara itu tidak akan dapat dikompormi.

Zambry yang juga Menteri Besar menjelaskan BN negeri juga sedang giat memantau di semua peringkat bagi mengesan cubaan-cubaan jahat tersebut.

Walau bagaimanapun jelasnya, jika ada terdapat pihak yang berkemungkinan melakukannya, ia akan disiasat secara terperinci terlebih dahulu.

“Dalam mana-mana pilihanraya, rasa tidak puas hati itu perkara biasa. Namun, sebagai ahli parti, apabila sebarang keputusan telah dibuat pucuk pimpinan tertinggi, kita harus akur.

“Memang dalam BN, kita mempunyai hak bersuara tetapi, apabila diumumkan seseorang itu sebagai calon, maka kita harus menyokongnya,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita berkenaan pengumuman Timbalan Pengerusi BN Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi tanggungjawab kepada pengerusi BN negeri seluruh negara dalam mengumumkan calon masing-masing untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, Zambry berkata pihaknya menyambut baik  hal tersebut dan akan melaksanakannya kelak.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Hak Milik Rancangan Tanah Pertanian Berkelompok (RPB) Ulu Chemor dan Surat Tawaran RPB Ulu Samak, Hulu Kinta di Dewan Komuniti Chemor, di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah; Mantan ADUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin, Mantan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Kinta, Shahrul Azam Shaari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");