Perak Hari Ini

PKR Perak Tanding 5 Kerusi Parlimen, 14 Dun

IPOH:Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mensasarkan kemenangan bagi kesemua lima kerusi Parlimen dan 14 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya ke-14 (PRU-14)

Menurut Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nor Manuty PKR Perak mensasarkan kemenangan kerusi DUN dan mempertahankan kerusi Parlimen yang memerlukan sekurangnya lima hingga lapan lagi kerusi di negeri ini untuk disumbangkan kepada parti komponen Pakatan Harapan dalam usaha membentuk kerajaan.

Terdahulu, Keadilan Negeri Perak menampilkan 19 calon-calon lima di Kerusi Parlimen dan 14 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terbahagi kepada beberapa komponen iaitu 10 adalah muka baru, 8 calon muda, 3 adalah wanita dan 5 calon daripada kaum Cina dua daripada calon India dan selebihnya ialah calon Melayu.

PKR Perak katanya, menawarkan semua komposisi kaum bagi memastikan keseimbangan dan prinsip parti yang dipegang selama ini.

Turut ditampilkan calon termuda, Muhamad Aiman Aizuddin berusia 29 tahun yang akan bertemu dengan Exco Kerajaan Negeri calon Barisan Nasional Datuk Dr Amin Zakaria.

Bagi PRU-14 kali ini, turut menyaksikan pertukaran kerusi penyandang bagi Hutan Melintang oleh muka baru G.Manivanan, Tanjung Malim (Chang Lih Kang) dan Bukit Chandan Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid.

Bekas Adun Hutan Melintang, S.Kesavan telah bertukar kerusi ke Parlimen P62 Sungai Manik.

Mengulas mengenai pertukarang tersebut, Timbalan Pengerusi PKR Negeri Perak, Dr Lee Boon Chye berkata ia adalah perkara yang biasa berlaku di mana-mana parti politik.

“Keputusan dibuat disifatkan terbaik tetapi untuk memberi khidmat yang terbaik untuk negeri Perak dan Malaysia seperti calon Hutan Melintang beliau sememangnya muka baru disitu bagaimanapun G.Manivanan adalah muka lama politik pernah mengalas tugas sebagai ahli Parlimen Kampar dan menunjukkan prestasi  yang baik.

“Keputusan meletakkan calonnya bukannya 100 peratus mesti memenuhi kehendak pimpinan Negeri malah kami akur kepada keputusan pucuk pimpinan tinggi parti,” katanya.

Sementara itu, menerusi pengumuman itu didapati Dr Mohd Noor tidak bertanding bagi mana-mana kerusi dalam PRU kali ini dan mengakui ia adalah berkaitan kehendak peribadi dan memenuhi permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak bertanding.

Beliau katanya masih memegang status Senator Dewan Negara sehingga 16 Disember 2018.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");