Perak Hari Ini

Tugas Tok Penghulu Kelebihan Buat Calon BN Dun Manong Dekati Pengundi

KUALA KANGSAR:Tugas sebagai bekas penghulu Mukim Senggang Mohamad Zuraimi Razali yang selesa dikenali sebagai (Tok Mie) calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Manong memiliki aura serta satu kelebihan untuknya mendekati para pengundi di kerusi itu.

Beliau yang juga calon tempatan turut mengakui setakat dua hari berkempen sambutan diluar jangka telah diterimanya daripada penduduk setempat.

“Pengundi dan orang yang saya jumpai masih menggelarkan saya sebagai tok penghulu aura itu masih dirasai malah secara peribadi ia satu kelebihan buat saya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Kerap Bertemu Pengundi Pelbagai Lapisan

Bercerita mengenai gerak kerjanya menarik pengundi, Zuraimi selaku bekas kakitangan awam juga kerap berjumpa rakan-rakan seangkatan dan menggunakan pendekatan mesra dan hubungan baik dengan ketua kampung ssrta kerjasama kuat dari jentera sayap dan parti komponen BN di Kuala Kangsar.

“Corak politik saya masih mengikuti Datuk Mohamad Kamil Shafie selaku pemangku Ketua Umno Bahagian dan saya juga ada Naib Ketua Umno Bahagian serta jentera yang mempunyai kekuatan lengkap tersendiri,” katanya.

Janji Buat Pengundi Di Manong

Zuraimi turut mengakui akan cuba meneruskan kesinambungan usaha dilakukan oleh wakil rakyat terdahulu memastikan projek jambatan Manong siap sepenuhnya mengikut tarikh ditetapkan menjelang tahun 2019.

Katanya turut diberi penekanan ialah projek meluruskan jalan dari kuala kangsar ke Manong yang sedang dilaksanakan supaya ia siap mengikut masa yang ditetapkan.

“Projek ini bukan retorik bukan projek pilihan raya tetapi projek rakyat jadi kita akan pastikan projek tersebut siap mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.

Katanya keperluan kepada pembinaan rumah buat generasi muda juga penting menerusi pembinaan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di tapak yang bersesuaian.

Selain itu, peluang pekerjaan dan kawasan kawasan perindustrian yang masih berkurangan juga perlu dipertingkatkan.

“Saya juga mahu membantu sekolah di kampung meneruskan usaha menyediakan tuisyen rakyat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Beliau pada akhir perbualan berharap pengundi Kuala Kangsar akan memberi kejutan kepadanya sebagai hadiah hari jadinya yangg jatuh pada  29 Mei ini dengan memberikan kemenangan kepada BN di kawasan Dun Manong.

Biodata ringkas calon:

Nama: Mohamad Zuraimi Razali (Tok Mie)

Pernah mengalas tugas selaku pembantu Penerangan pada usia 26 tahun dan berkhidmat di Pengkalan Hulu selama tiga tahun.

Bergiat aktif dalam arena politik setelah dilantik sebagai exco pemuda.

Mengalas tugas sebagai penghulu pada 2011 dan ditempatkan di Mukim Bagan Serai dan pada tahun 2012, berkhidmat ke Kuala Kangsar Mukim Senggang Manong hingga tahun 2018.

Mengalas tugas istimewa sebagai juru acara (pengacara) majlis Diraja Perak lebih 12 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");