Isu Panas

UMNO Kekal Pertubuhan Sah Hingga April 2019

KUALA LUMPUR: UMNO masih sah sebagai sebuah parti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana diberi penangguhan pemilihan sehingga 19 April 2019.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata justeru parti itu layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

Beliau berkata, penangguhan pemilihan itu termaktub kepada kelulusan ROS, mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan kuasa tambahan (residual power) mengikut Seksyen 3A akta sama yang berkuat kuasa dari 10 Jun 1988.

“Surat Pendaftar Pertubuhan bertarikh 31 Oktober 2017 (Rujukan: PPM/WKL251/88 Jld 5(2)) yang dialamatkan kepada pejabat Setiausaha Agung membenarkan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.

“Perlanjutan masa yang diberikan ROS kepada UMNO untuk mengadakan pemilihan peringkat Majlis Tertinggi UMNO bagi 2017 itu adalah kuasa tambahan ROS yang dilaksanakan mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini lapor Berita Harian.

Beliau berkata, keresahan peringkat akar umbi yang ragu terhadap status UMNO sebagai sebuah parti yang sah tidak sewajarnya berlaku.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, menegaskan UMNO menghormati dan sentiasa mematuhi ketetapan yang diberikan ROS.

“Ahli UMNO diminta kekal komited, fokus dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada PRU kali ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");