Perak Hari Ini

Anak-anak Yatim, Ibu Tunggal Diraikan 4 Agensi

IPOH: Seramai 50 orang anak yatim serta 30 orang ibu tunggal diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di Hotel Impiana, dekat sini, hari ini.

Kesemua warga Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam, Gunung Rapat yang hadir, masing-masing turut menerima sebuah beg sekolah, beg silang dan set kelengkapan alat tulis.

Ia merupakan sumbangan daripada Persatuan Pegawai Kanan (Paduan) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Yayasan Abu Bakar (YAB).

Selain itu, program tanggungjawab sosial (CSR) tersebut turut mendapat kerjasama daripada pihak Hotel Impiana dan pusat beli-belah Econsave cawangan Jelapang.

Difahamkan ia merupakan acara tahunan yang sudah memasuki kali ke-5 penganjuran.

Majlis berkenaan turut dihadiri, Presiden Paduan, Zulqarnain Mohamad; Pengurus Cawangan Econsave Jelapang,Mohamad Shahazudin Manaf serta wakil persatuan media Negeri Perak, Rosli Mansor Ahmad Razali.

Terdahulu, petang tadi kesemua anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal berkenaan dibawa ke Econsave Jelapang, bagi menerima barang kelengkapan hari raya.

Penerima sumbangan yang terpilih pula diberikan baucer membeli-belah bernilai RM50 setiap seorang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");