Perak Hari Ini

Calon BN Dun Bercham Minta Pengundi Nilai Sendiri Kerjanya

IPOH:Hanya berbaki tiga hari sahaja untuk berkempen, calon Barisan Nasional (BN) kerusi N.28 Bercham Low Guo Nan menggunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin bagi mendekati para pengundi kawasan itu.

Katanya, pelbagai pendekatan digunakan seperti penganjuran ceramah, melawat rumah ke rumah dan walkabout di sekitar pasar kawasan Bercham.

“Bagaimanapun respon pengundi agak positif terutama golongan warga emas, mereka duduk di sini, jadi mereka nampak kerja saya selama 14 bulan sebagai ahli majlis Bandaraya Ipoh,” katanya ketika ditemui Peraktoday hari ini semasa mengadakan lawatan ke pusat Dialisis Chan Meng Kor di sini hari ini.

Namun, Ah Nan turut merasa khuatir terhadap sokongan pengundi muda yang tidak menetap di Dun tersebut kerana tidak mengenali dirinya di kawasan itu.

“Saya harap ibu bapa mereka akan maklumkan kepada mereka kerja saya di Bercham selama ini bagi saya satu peluang dan platform lebih besar supaya boleh berkhidmat sebagai seorang adun yang sebenarnya di sini,” katanya.

Uniknya Ah Nan, calon ini mendekati pengundi di Bercham dengan menggunakan sepenuhnya peluang selaku ahli Majlis MBI selama tempoh 14 bulan bagi menyelesaikan dan mengenalpasti pelbagai masalah dihadapi penduduk Bercham.

“Sebelum ini 14 bulan tempoh itu sebagai tempoh percubaan menjadi adun dan saya bekerja macam seorang adun jadi saya harap pengundi dapat menilai kerja dan memberi sokongan kuat.

“Masalah utama di sini ialah keperluan asas penuduk iaitu perkhidmatan perubatan di Dun Bercham hanya terdapat sebuah klinik satu Malaysia di Bercham dan di Tawas namun perkhidmatan perubatannya terhad dan tidak lengkap menyebabkan orang ramai perlu pergi ke Klinik kesihatan Kampung Simee dan Greentown,” katanya.

Berikutan itu Ah Nan berharap sekiranya diberikan peluang akan berusaha menyediakan klinik kesihatan di kawasan Bercham agar warga penduduk dapat menikmati perubatan yang lengkap.

Mengulas mengenai potensi BN menang di Bercham jelasnya masih terdapat elemen tsunami dari segi sokongan masyarakat Cina malah ada banyak pengundi hanya mengenali lambang parti tanpa menilai calon-calon itu sendiri.

“Jadi sekiranya pengundi hanya mengundi berdasarkan lambang sukar sikit sekiranya pengundi dapat menilai kredibiliti seorang calon saya rasa lebih baik namun walaupun susah perumpaan ada menyebut di mana ada kemahuan di situ ada jalan jadi saya akan cuba sedaya upaya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");