Perak Hari Ini

Pendedahan Penolong Penerbit UbahTV Harus Diambil Serius – Zambry

MANJUNG: Pendedahan yang dibuat oleh Penolong Penerbit UbahTV iaitu media rasmi dalam talian DAP, Amran Ahmad berkenaan bahan proaganda dan fitnah terhadap kerajaan serta pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) harus diambil serius.

Dilaporkan bahan-bahan tersebut akan dikeluarkan secara berperingkat menjelang hari pengundian 9 Mei ini.

Pengerusi BN Negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, semua pihak sama ada di peringkat parti mahupun rakyat harus bersedia dalam menghadapi pelbagai fitnah yang bakal dilakukan oleh pembangkang, khususnya DAP pada saat-saat akhir Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kita tidak tahu dari segi jumlahnya namun, apabila kenyataan itu dikeluarkan oleh sesorang yang bertanggungjawab secara langsung dengan pihak di sana, ia perlu diperhatikan.

“Kita tengoklah dalam tempoh beberapa hari ini, apakah bentuk-bentuk atau video fitnah yang akan dikeluarkan mereka,” katanya.

Selain itu, tambah Zambry, antara perkara yang paling mustahak untuk menghadapi detik-detik ini ialah penilaian daripada rakyat terhadap perkara tersebut.

Ujarnya, rakyat juga perlu mempersiapkan minda mereka daripada anasir tersebut yang mana ianya tidak lain hanya bertujuan mahu menjatuhkan sebuah kerajaan yang diterajui BN.

“Saya yakin, rakyat akan bijak membuat penilaian hal ini. Rakyat akan mempersoalkan kebenaran bahan yang disampaikan itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam satu program Santai Anak Muda di Pusat Membeli Belah Aeon Seri Manjung, dekat sini, pada Ahad.

Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

 

Terdahulu, Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkesempatan hadir ke Program Jimat Belanja Dapur peringkat negeri di Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) Manjung, dekat sini, pagi ini.

Beliau juga turut hadir menyempurnakan program Jom Sihat Komuniti, anjuran Penduduk Fasa 3C Seri Manjung, bertempat di Taman Perumahan Fasa 3C, Seri Manjung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");