Berita Hari Ini

Cuaca cerah diramal pada pagi hari pengundian

KUALA LUMPUR – Cuaca pada hari pengundian PRU14 Rabu ini diramal cerah pada sebelah pagi di kebanyakan negeri, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan itu dalam laman sesawangnya bagaimanapun meramalkan ribut petir, hujan sekejap-sekejap dan mendung dijangka berlaku di kebanyakan negeri pada sebelah petang termasuk Pulau Pinang yang diramalkan hujan dan ribut petir pada waktu pagi dan petang.

Hanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta Melaka dijangka cuaca baik pada pagi dan petang.

Di Johor, cuaca cerah diramal berlaku sepanjang hari tetapi ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan termasuk Segamat, Labis, Ledang, Kluang, Pagoh, Bakri, Simpang Renggam dan Sembrong pada sebelah petang.

Cuaca dijangka baik di Sarawak pada pagi Rabu dan Sabah pada waktu pagi dan petang manakala ribut petir, hujan dan mendung kadangkala berlaku di beberapa tempat di dua negeri itu pada sebelah petang.

Suhu di seluruh negara diramal sekitar 24 darjah Celcius dan maksimum 35 darjah Celcius.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");