Perak Hari Ini

Dua Daerah Dilanda Banjir di Perak

IPOH: Banjir melanda di dua daerah di Perak sehingga sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Trong, Taiping bagi menempatkan 26 mangsa membabitkan tujuh keluarga.

Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, banjir membabitkan dua daerah iaitu di Taiping dan Batang Padang dengan bilangan penduduk dikhuatiri terjejas hampir 1,000 mangsa.

“Sehingga jam 11 malam satu PPS sudah dibuka di Masjid Nurul Hidayah Sungai Bemban, Trong menempatkan 26 mangsa membabitkan empat lelaki, sembilan wanita, enam kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan.

“Kampung yang terjejas adalah Sungai Punggur, Sungai Bemban dan Kuala Trong dengan paras banjir dilaporkan sedalam kira-kira 1 meter,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Menurutnya, di kawasan Bukit Gantang, Taiping banjir melanda di beberapa kampung membabitkan Kamoung Padang Gajah, Kampung Matang Merbau, Kampung Jawa, Kampung Batu Hampar, Kampung Padang Serai, Kampung Sungai Nyior, Sungai Limau, Sungai Rotan, Kampung Batu 25 dan 26.

“Bilangan perpindahan mangsa masih dalam tindakan dimana jumlah penduduk di kawasan berkenaan dianggar seramai 800 orang (600 buah rumah).

“Air mula naik kira-kira jam 6 petang setinggi 0.3 hingga 1 meter membabitkan kawasan seluar 500 hektar,” katanya.

Katanya, bagi daerah Batang Padang banjir membabitkan kawasan Sungkai dengan kampung yang terjejas adalah Kampung Ladang Bikam dengan paras air dilaporkan 0.5 meter namun semakin surut.

“Pembukaan PPS sedang diuruskan dan setakat ini banjir mengakibatkan 108 mangsa daripada 56 keluarga terjejas.

“Mangsa yang terjejas adalah 30 lelaki, 25 wanita, 25 kanak-kanak lelaki, 26 kanak-kanak perempuan dan dua bayi,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");