Panasnya Hari Ini

Elak cah keting, peteh kaki sendiri – PM

KUALA NERUS: Datuk Seri Najib Razak menyeru penyokong Barisan Nasional (BN) supaya mengelakkan tindakan ‘cah keting’ dan ‘peteh kaki sendiri’ kerana tidak berpuas hati dengan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri berkata, tidak kira siapa calon dipilih oleh pucuk kepemimpinan kerana yang paling penting ialah memastikan BN terus memerintah Terengganu.

“Kalau ada cah keting atau peteh kaki sendiri, keadaan akan menjadi buruk. Kita tidak mahu ada mimpi ngeri,” katanya.

Pengerusi BN berkata demikian ketika memberi ucapan ringkas di hadapan kira-kira 1,500 penyokong parti yang menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Gong Badak di sini, hari ini.

Ketibaan Najib disambut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, calon BN pada PRU-14 dan pegawai kerajaan.

Selepas berucap, Najib mengadakan pertemuan tertutup hampir setengah jam dengan kesemua calon BN di Bilik Kenyir di lapangan terbang itu.

Beliau kemudian bertolak ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Paya Bunga, Kuala Terengganu, untuk majlis perasmian UTC Terengganu.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");